ANAdli Nasir

Portfolio

Portfolio

Projek produksi video, kandungan dan platform digital yang saya kendalikan bersama klien, agensi dan pasukan.

Pernah terlibat dalam projek bersama (melalui agensi & majikan): Warner Music · RTM · MPC · UiTM · Todak Gaming · Sunway Lagoon · RUSA Music · Luncai Emas · MVM Production · Netizen TV · Team Fames · Uncle Best · Chicco's Kebab · Brainy Bunch · Malakat Mall · GTI Media · Selangor FM · MaGIC Malaysia · Shah Alam Broadcasting · Kelas Sekejap · Klinik Damai

Klinik Damai
Video Korporat

Klinik Damai

Filem highlight (16:9 & 9:16), reels dan versi YouTube untuk program saringan kesihatan pekerja — diceritakan melalui suara sebenar pekerja dan doktor, dengan skor muzik tersuai.

KruKita Fun Learning
Platform Digital

KruKita Fun Learning

Platform pembelajaran interaktif dwibahasa untuk kanak-kanak — permainan, kuiz dan profil anak, dengan langganan dan pembayaran dalam talian.

Lihat projek
03
Kandungan Media Sosial

Team Fames Sdn. Bhd.

Kandungan video viral mencecah jutaan tontonan di TikTok, 25,000+ pengikut baharu dalam 3 bulan, kreatif iklan dan modul latihan video.

04
Kempen Digital

Sunway Lagoon

Kandungan memperkenalkan tarikan baharu semasa tempoh lockdown COVID-19 — mengekalkan penglibatan audiens dan membina keterujaan sebelum taman dibuka semula.

05
Produk Latihan

Modul Video Meta Leads Ads

Modul berstruktur tentang penghasilan kandungan viral — strategi kreatif, penceritaan dan penukaran lead — kini dijual sebagai produk digital syarikat.

Wakil Malaysia — Taiwan
Ceramah & Animasi

Wakil Malaysia — Taiwan

Mewakili Malaysia dalam pertandingan animasi antarabangsa 48 jam di Taiwan, termasuk menyampaikan ceramah pra-pertandingan tentang budaya Malaysia, animasi dan industri kreatif.

Muzik Video & Produksi Artis
Produksi Muzik

Muzik Video & Produksi Artis

Bersama Renderlah Studio / Kitamera Production dalam projek melibatkan Warner Music, Luncai Emas, MVM Production dan RUSA Music.

MPC & UiTM
Video Korporat

MPC & UiTM

Penggambaran, suntingan dan pasca-produksi video korporat untuk Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Universiti Teknologi MARA.

09
Kempen Video & Iklan

NGO & Badan Kebajikan

Video promosi, iklan, voice over dan reka bentuk kempen untuk pelbagai NGO dan badan kebajikan — kutipan dana, qurban, wakaf dan program kemanusiaan.

10
Penyiaran

Program RTM

Jurukamera dan editor video bebas untuk program terpilih RTM — produksi bertaraf penyiaran.

Bawa AI ke organisasi anda.

Sesi perbincangan ringkas untuk faham keperluan anda dan cadangkan program yang sesuai.

Bincang Program Anda
WhatsAppSemak Tarikh →