
Filem highlight (16:9 & 9:16), reels dan versi YouTube untuk program saringan kesihatan pekerja — diceritakan melalui suara sebenar pekerja dan doktor, dengan skor muzik tersuai.
Jurulatih AI & Kandungan Digital
ScrollBengkel AI praktikal untuk pendidik, pelajar dan pasukan perniagaan. Dari kosong hingga yakin — dalam bahasa yang mudah difahami.
Orang IT pun belajar AI dengan Adli.Cikgu Ulwan · tonton testimoni →
Pegangan saya
AI tidak sesukar yang disangka. Alat baharu muncul setiap minggu — anda tak perlu kuasai semuanya. Cukup kenal pasti yang benar-benar membantu kerja anda, dan gunakannya dengan yakin.
Adli Nasir — Jurulatih AI & Kandungan Digital
Sesi bersama Cikgu UlwanKredibiliti
Pernah terlibat dalam projek bersama (melalui agensi & majikan)Warner Music · RTM · MPC · UiTM · Todak Gaming · Sunway Lagoon · RUSA Music · Luncai Emas · MVM Production · Netizen TV · Team Fames · Uncle Best · Chicco's Kebab · Brainy Bunch · Malakat Mall · GTI Media · Selangor FM · MaGIC Malaysia · Shah Alam Broadcasting · Kelas Sekejap · Klinik Damai
Program
Setiap program disesuaikan dengan tahap dan keperluan peserta — termasuk yang langsung tiada asas.
Untuk · Guru, pensyarah & pelajar
Guna AI untuk mengajar, belajar dan urus kerja harian sekolah atau kampus — dengan betul dan beretika.
Untuk · Staf pejabat, usahawan & pasukan jualan
Jimat masa dengan AI harian, AI agent, automasi WhatsApp dan iklan digital yang membawa pelanggan.
Untuk · Pendidik, pencipta kandungan & pemasar
Hasilkan video pendek, skrip, voice over dan grafik dengan bantuan AI — guna telefon yang anda ada.
Showreel
Animasi 3D, video korporat, muzik video & iklan — pengalaman sebenar yang saya bawa ke dalam kelas.
Cara Bekerjasama
Ramai bermula dengan kelas, kemudian serahkan pelaksanaan kepada pasukan saya.
Kelas, bengkel & ceramah
Kelas dalam talian atau bersemuka di lokasi anda. Sesuai untuk yang mahu faham dan buat sendiri.
Coaching 1-on-1 & kumpulan kecil
Saya pantau dan bimbing anda melaksanakan — sehingga sistem atau kempen anda betul-betul berjalan.
Pasukan saya laksanakan
Tiada masa untuk buat sendiri? Pasukan saya laksanakan untuk anda — bermula dengan percubaan, kemudian pakej atau retainer bulanan, mengikut objektif anda.
Portfolio
Saya mengajar apa yang saya buat. Ini sebahagian projek produksi yang saya kendalikan bersama klien, agensi dan pasukan.

Filem highlight (16:9 & 9:16), reels dan versi YouTube untuk program saringan kesihatan pekerja — diceritakan melalui suara sebenar pekerja dan doktor, dengan skor muzik tersuai.

Penggambaran, suntingan dan pasca-produksi video korporat untuk Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) dan Universiti Teknologi MARA.

Bersama Renderlah Studio / Kitamera Production dalam projek melibatkan Warner Music, Luncai Emas, MVM Production dan RUSA Music.

Platform pembelajaran interaktif dwibahasa untuk kanak-kanak — permainan, kuiz dan profil anak, dengan langganan dan pembayaran dalam talian.
Testimoni
Macam saya, struggle nak masuk dunia AI. Adli ni 'racun' saya — tapi value. Sekarang saya dah dapat: AI agentic, semua guna MCP, lagi-lagi bila guna Claude. Adli, saya percaya.
Tuan Adli sangat tidak kedekut ilmu. Walaupun kami jemput untuk ceramah dua jam sahaja, inputnya sangat padat — beliau bimbing satu per satu, malah lebihkan masa kerana ramai pelajar bertanya. Pelajar sangat teruja belajar perisian yang kami sendiri tak dapat tunjukkan. Kami rasa bertuah dapat menjemput beliau ke sekolah.
Kelas AI Adli sangat senang difahami. Saya memang dah ada asas AI, tapi tak tahu macam mana nak optimumkan dalam kerja harian. Sekarang saya dah ada beberapa AI agent yang bantu urus kerja rutin dan berulang — saya lebih produktif dan kerja pun lebih tersusun.
Sekarang saya mengajar budak-budak dengan lebih teratur. Pasukan Adli bantu sesuaikan permainan pembelajaran mengikut kriteria yang sekolah perlukan, jadi saya terus guna dalam kelas. Bila ada isu, khidmat pelanggan mereka pun cepat membalas.


Tentang Saya
Saya Saiful Adli Nasir — jurulatih AI dan kandungan digital dari Negeri Sembilan. Sejak 2017 saya menghasilkan video korporat, muzik video dan kandungan media sosial yang mencecah jutaan tontonan, dan hari ini AI menjadi sebahagian daripada setiap aliran kerja saya. Saya mengajar apa yang saya buat setiap hari.
Alat AI baharu muncul hampir setiap minggu, dan ramai yang keliru mahu bermula di mana. Anda tidak perlu menguasai semuanya — cukup kenal pasti alat yang benar-benar membantu kerja anda. Kelas saya direka untuk peserta yang bermula dari kosong: bahasa yang mudah, langkah yang jelas, dan contoh yang dekat dengan tugasan harian.
Pengalaman mengajar & berceramah
Pasukan
Di belakang setiap kelas dan projek, ada pasukan teras yang mengendalikan produksi video, reka bentuk, kandungan, web dan operasi.
Produk
Alat untuk freelancer & side hustle
Kira harga servis daripada kos dan masa sebenar, hantar sebut harga & invois, rekod buku tunai, untung rugi dan anggaran cukai — dibina untuk freelancer dan peniaga Malaysia. Cuba percuma 14 hari.
Anggaran Yuran
Pilih jenis program, profil peserta dan lokasi untuk dapatkan julat anggaran. Harga boleh dibincang — yang penting, program memberi nilai kepada peserta anda.
Anggaran yuran
—
Semak Tarikh
Isi borang ringkas ini. Saya akan susun cadangan modul ikut keperluan peserta anda dan balas dalam 1–2 hari bekerja.
Blog
AI mempercepatkan motion graphics, video dan reka bentuk. Patutkah harga diturunkan? Ini cara berfikir tentang harga di zaman AI — dan cara mengira harga yang adil.
Baca artikel →Produk bagus tapi testimoni nampak kaku? Ini cara saya dapatkan testimoni video yang jujur dan menyentuh hati — dari susunan soalan hingga ke mana pelanggan patut memandang.
Baca artikel →Nak mula buat voice over tapi tiada mic mahal? Ini cara saya bermula dengan earphone percuma, bantal, stokin dan kereta — dan masih dapat hasil profesional.
Baca artikel →Soalan Lazim
Sangat sesuai — memang itu fokus saya. Kelas bermula dari asas, guna bahasa mudah dan contoh dekat dengan kerja serta kehidupan peserta.
Anda tidak perlu belajar semuanya. Dalam kelas, kita mulakan dengan keperluan kerja anda, kemudian pilih beberapa alat yang paling sesuai dan kuasai penggunaannya. Bila asasnya faham, alat baharu pun mudah dipelajari.
Setengah hari, sehari penuh, siri beberapa sesi atau ceramah — secara bersemuka atau dalam talian. Kandungan disesuaikan dengan tahap dan keperluan peserta.
Bergantung kepada format, tempoh, bilangan peserta dan lokasi. Anda akan terima cadangan program dan sebut harga bertulis sebelum apa-apa komitmen.
Komputer riba atau telefon pintar dan sambungan internet. Kebanyakan alat AI yang diajar boleh digunakan secara percuma.
Ya. Pasukan saya (7 orang teras, sehingga 12) mengendalikan video korporat, iklan, kandungan media sosial dan voice over untuk organisasi yang memerlukannya.
Sesi perbincangan ringkas untuk faham keperluan anda dan cadangkan program yang sesuai.
Bincang Program Anda