ANAdli Nasir

Tentang Saya

Tentang Adli Nasir

Jurulatih AI & kandungan digital. Pengarah kreatif. Bermula dari animasi 3D dan motion capture.

Adli Nasir memakai sut motion capture

Saya Saiful Adli Nasir — jurulatih AI dan kandungan digital dari Negeri Sembilan, lulusan Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Media Baharu (Kepujian), UiTM Shah Alam.

Saya mengajar apa yang saya buat setiap hari. Sejak 2017 saya menghasilkan video korporat, muzik video dan kandungan media sosial yang mencecah jutaan tontonan — dan hari ini AI menjadi sebahagian daripada setiap aliran kerja saya.

Saya bermula dalam dunia animasi 3D, VFX dan motion capture — menjuarai Asiagraph Reallusion Animation Award peringkat tempatan, mewakili Malaysia di Taiwan dan menyampaikan ceramah kepada peserta antarabangsa.

Pegangan saya mudah: AI tidak sesukar yang disangka. Alat AI baharu muncul hampir setiap minggu, dan ramai yang akhirnya keliru mahu bermula di mana. Hakikatnya, anda tidak perlu menguasai semuanya — cukup kenal pasti alat yang benar-benar membantu kerja dan kehidupan anda, kemudian gunakannya dengan yakin.

Sebab itu kelas saya direka untuk peserta yang bermula dari kosong. Saya terangkan dalam bahasa yang mudah dan santai, pecahkan setiap topik kepada langkah yang jelas, dan guna contoh yang dekat dengan tugasan harian peserta — supaya setiap orang pulang dengan sesuatu yang boleh terus digunakan.

Di belakang saya ada pasukan KruKita Group dan Reka Kita Sdn. Bhd. — 7 orang teras, sehingga 12 untuk projek besar — yang turut mengendalikan produksi video dan kandungan untuk organisasi yang memerlukannya.

Adli Nasir menyampaikan ceramah di Taiwan

Pengalaman mengajar & berceramah

  • Ceramah pra-pertandingan kepada peserta antarabangsa — pertandingan animasi 48 jam, Taiwan
  • Penceramah — Forum Komunikasi Massa UiTM
  • Latihan AI untuk guru
  • Kelas AI intensif 4 jam
  • Masterclass dalam talian — WhatsApp Chatbot x ChatGPT
  • Pembangun modul video Meta Leads Ads (dijual sebagai produk digital)
  • Bimbingan & coaching untuk pencipta kandungan baharu
  • Sesi tunjuk ajar percuma — animasi, produksi video & alat kreatif

Pengalaman

Perjalanan kerjaya

  1. 2021 – kiniPereka MultimediaTeam Fames Sdn. Bhd.
  2. 2020 – 2021Produksi & Projek KreatifRenderlah Studio / Kitamera Production
  3. 2019 – 2020Pengurus Media Sosial & Pencipta KandunganNetizen TV
  4. 2019Pasukan Media & PromosiUiTM Alumni Network Centre
  5. 2017 – 2018Pasukan MultimediaKomunikasi Korporat UiTM Melaka

Bawa AI ke organisasi anda.

Sesi perbincangan ringkas untuk faham keperluan anda dan cadangkan program yang sesuai.

Bincang Program Anda
WhatsAppSemak Tarikh →